Cara Solat Wanita Langkah demi Langkah
Contoh di bawah ialah solat fardu Zohor empat rakaat kerana ia merangkumi semua bahagian solat: tahiyat awal, rakaat ketiga dan keempat, serta tahiyat akhir.
Bagi solat lain, ikut langkah yang sama dan sesuaikan bilangan rakaat serta niatnya. Setiap bacaan disertakan teks rumi, maksud dan audio. Semua bacaan sama seperti lelaki. Perkara khusus wanita ditanda dengan label Khusus wanita.
Sudah tahu asasnya? Lompat keRujukan PantasTahiyat AwalRakaat 3 dan 4Tahiyat Akhir
Rakaat 1 daripada 4
Rakaat Pertama
Mulakan dengan Niat dan Takbiratul Ihram
Berdiri tegak menghadap kiblat. Hadirkan niat solat fardu Zohor dalam hati ketika mengucapkan takbiratul ihram.
أُصَلِّي فَرْضَ الظُّهْرِ أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ أَدَاءً لِلّٰهِ تَعَالَى
Uṣallī farḍaẓ-ẓuhri arba‘a raka‘ātin adā’an lillāhi ta‘ālā
Maksudnya: “Sahaja aku solat fardu Zohor empat rakaat tunai kerana Allah Taala.” Berniat dalam bahasa Melayu sahaja juga memadai.
Nota Niat
Niat ialah kehendak hati, bukan bacaan yang mesti dilafazkan. Hadirkan niat ketika takbiratul ihram. Melafazkannya sebelum takbir hukumnya sunat untuk membantu hati.34
Bagi solat lain, tukar nama solat dan bilangan rakaatnya, contohnya “fardu Asar empat rakaat” atau “fardu Maghrib tiga rakaat”.
Angkat kedua-dua tangan dengan tapak tangan menghadap kiblat, hujung jari setentang dengan bahagian atas telinga, ibu jari setentang cuping telinga dan tapak tangan setentang bahu. Ucapkan takbir “Allāhu akbar” dengan jelas sambil berniat dalam hati.35
Cara mengangkat tangan ini sama bagi lelaki dan wanita. Tapak tangan boleh dibiarkan terbuka, tetapi pastikan lengan telekung tidak terselak sehingga pergelangan tangan terdedah.36
اَللَّهُ أَكْبَرُ
Allāhu akbar
Maksud Bacaan
Allah Maha Besar!
Selepas takbir, letakkan tangan kanan di atas pergelangan tangan kiri, di bawah dada dan di atas pusat.37
Baca Doa Iftitah (Sunat)
Selepas takbiratul ihram, baca doa iftitah secara perlahan. Ia sunat dan dibaca pada rakaat pertama sahaja. Jika tidak membacanya, solat tetap sah.38 Huraian lanjut ada dalam artikel doa iftitah.
Lafaz doa iftitah ini sama bagi wanita, termasuk ḥanīfam muslimā. Ia tidak perlu ditukar kepada bentuk perempuan.39
اَللّٰهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا وَالْحَمْدُ لِلّٰهِ كَثِيرًا وَسُبْحَانَ اللّٰهِ بُكْرَةً وَأَصِيلًا. وَجَّهْتُ وَجْهِيَ لِلَّذِي فَطَرَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ حَنِيفًا مُسْلِمًا وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ. إِنَّ صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلّٰهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ. لَا شَرِيكَ لَهُ وَبِذَٰلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا مِنَ الْمُسْلِمِينَ.
Allāhu akbaru kabīrā, wal-ḥamdu lillāhi kaṡīrā, wa subḥānallāhi bukrataw wa aṣīlā. Wajjahtu wajhiya lillażī faṭaras-samāwāti wal-arḍa ḥanīfam muslimaw wa mā ana minal-musyrikīn. Inna ṣalātī wa nusukī wa maḥyāya wa mamātī lillāhi rabbil-‘ālamīn. Lā syarīka lahū wa biżālika umirtu wa ana minal-muslimīn.
Maksud Bacaan
Allah Maha Besar dengan sebesar-besarnya, segala puji bagi Allah sebanyak-banyaknya, dan Maha Suci Allah pada waktu pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku kepada Tuhan yang menciptakan langit dan bumi, dalam keadaan lurus dan berserah diri, dan aku bukanlah daripada golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah, Tuhan sekalian alam. Tiada sekutu bagi-Nya, dengan itulah aku diperintahkan, dan aku daripada golongan orang Islam.
Baca Surah al-Fatihah
Sebelum al-Fatihah, baca ta‘awwuz secara perlahan: A‘ūżu billāhi minasy-syaiṭānir-rajīm, maksudnya “Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang direjam.” Ia sunat pada setiap rakaat.40
Al-Fatihah ialah rukun dan wajib dibaca dalam setiap rakaat. Baca dengan tertib dan jelas setiap hurufnya. Solat tidak sah tanpanya.41
Khusus wanita: dalam dua rakaat pertama Subuh, Maghrib dan Isyak, baca secara kuat tetapi lebih perlahan daripada lelaki. Jika ada lelaki ajnabi yang boleh mendengar, baca secara perlahan. Dalam solat Zohor dan Asar, semua bacaan dibaca perlahan.42
بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ١ ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ ٢ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ٣ مَٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ ٤ إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ ٥ ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ ٦ صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ ٧
Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Ṣirāṭal-lażīna an‘amta ‘alaihim ghairil-maghḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn
Maksud Bacaan
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan Mentadbirkan Alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami Sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukkan kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
Selesai membaca al-Fatihah, sebut “Āmīn”. Hukumnya sunat.43
Baca Surah Pendek
Selepas al-Fatihah, sunat membaca mana-mana surah atau beberapa ayat al-Quran pada rakaat pertama dan kedua. Untuk permulaan, surah pendek seperti surah al-Ikhlas sudah memadai.44
Surah Al-Ikhlas
قُلۡ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ ١ ٱللَّهُ ٱلصَّمَدُ ٢ لَمۡ يَلِدۡ وَلَمۡ يُولَدۡ ٣ وَلَمۡ يَكُن لَّهُۥ كُفُوًا أَحَدُۢ ٤
Qul huwallāhu aḥad. Allāhuṣ-ṣamad. Lam yalid wa lam yūlad. Wa lam yakul lahū kufuwan aḥad
Maksud Bacaan
Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa, “Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat, “Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan, “Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”.
Selesai Membaca Surah, Teruskan Dengan Rukuk

Angkat kedua-dua tangan seperti ketika takbiratul ihram, dan bertakbir “Allāhu akbar” sambil tunduk untuk rukuk. Letakkan tapak tangan di atas lutut. Ratakan belakang dan tengkuk, dan halakan pandangan ke tempat sujud.45
Khusus wanita: ketika rukuk, rapatkan siku ke rusuk, dan rapatkan kedua-dua lutut dan kaki.46
Semasa rukuk, bacalah:
سُبْحَانَ رَبِّيَ الْعَظِيمِ وَبِحَمْدِهِ
Subḥāna rabbiyal-‘aẓīmi wa biḥamdih (3x)
Maksud Bacaan
“Maha Suci Tuhanku yang Maha Agung, serta segala puji bagi-Nya.”
Tuma’ninah: Jangan Tergesa-gesa
Dalam rukuk, iktidal, sujud dan duduk antara dua sujud, pastikan anggota badan diam dan tetap seketika sebelum bergerak ke rukun seterusnya. Ini dinamakan tuma’ninah dan ia sebahagian daripada rukun solat.47
Kemudian Bangun Iktidal

Angkat kepala daripada rukuk sambil mengangkat kedua-dua tangan seperti ketika takbiratul ihram, dan baca Sami‘allāhu liman ḥamidah.48 Kemudian berdiri tegak dengan tuma’ninah:
سَمِعَ اللّٰهُ لِمَنْ حَمِدَهُ
Sami‘allāhu liman ḥamidah
Maksud Bacaan
“Allah mendengar orang yang memuji-Nya.”
Apabila sudah berdiri tegak, baca:
رَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ
Rabbanā lakal-ḥamd
“Wahai Tuhan kami, bagi-Mu segala pujian.”
Selepas Iktidal, Teruskan Dengan Turun Melakukan Sujud

Turun untuk sujud sambil bertakbir “Allāhu akbar”, tanpa mengangkat tangan. Letakkan lutut dahulu, kemudian tapak tangan, kemudian dahi dan hidung.49
Wajib meletakkan tujuh anggota pada tempat sujud: dahi, kedua-dua tapak tangan, kedua-dua lutut dan hujung jari kedua-dua kaki. Sebahagian dahi mesti terdedah menyentuh tempat sujud, seperti sejadah, dan tidak terhalang oleh telekung atau tudung yang dipakai. Punggung pula mesti lebih tinggi daripada kepala.
Khusus wanita: ketika sujud, rapatkan siku ke rusuk dan lekatkan perut pada paha. Pastikan telekung atau pakaian longgar supaya bentuk badan tidak terbentuk, dan kaki kekal tertutup.50
Semasa sujud, bacalah:
سُبْحَانَ رَبِّيَ الأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ
Subḥāna rabbiyal-a‘lā wa biḥamdih (3x)
Maksud Bacaan
Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujiannya
Kemudian Duduk di Antara Dua Sujud

Angkat kepala daripada sujud pertama sambil bertakbir “Allāhu akbar”, dan letakkan tangan di atas paha berhampiran lutut. Duduk dengan tuma’ninah.51 Duduk ini ialah rukun solat dan berbeza daripada duduk istirahat sebelum bangun ke rakaat seterusnya.
Duduk secara iftirasy, sama seperti lelaki. Tidak perlu bersimpuh atau bersila.52
Kemudian bacalah doa antara dua sujud seperti ini:
رَبِّ اغْفِرْ لِي وَارْحَمْنِي وَاجْبُرْنِي وَارْفَعْنِي وَارْزُقْنِي وَاهْدِنِي وَعَافِنِي وَاعْفُ عَنِّي
Rabbighfir lī warḥamnī wajburnī warfa‘nī warzuqnī wahdinī wa ‘āfinī wa‘fu ‘annī
Maksud Bacaan
“Ya Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku, cukupkanlah kekuranganku, angkatlah darjatku, berilah rezeki kepadaku, berilah petunjuk kepadaku, sihatkanlah aku, dan maafkanlah kesalahanku.”
Kemudian Lakukan Sujud Kedua

Selesai doa antara dua sujud, turun sujud sekali lagi sambil bertakbir “Allāhu akbar”. Lakukan seperti sujud pertama, dengan tujuh anggota menyentuh tempat sujud, kemudian baca bacaan dalam sujud.49
سُبْحَانَ رَبِّيَ الأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ
Subḥāna rabbiyal-a‘lā wa biḥamdih (3x)
Maksud Bacaan
Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujiannya
Angkat Kepala Sambil Bertakbir, Kemudian Duduk Istirahat Seketika
Angkat kepala daripada sujud kedua sambil mula bertakbir Allāhu akbar. Ini ialah takbir intiqalat (takbir berpindah), bukan takbiratul ihram yang baharu.

Disunatkan duduk istirahat sebentar sebelum bangun ke rakaat kedua. Panjangkan takbir tadi sepanjang duduk istirahat sehingga anda berdiri tegak. Duduk ini bukan rukun dan tidak ditetapkan tempohnya.
Rakaat pertama selesai
Rakaat 2 daripada 4
Rakaat Kedua
Berdiri Untuk Rakaat Kedua
Berdiri tegak untuk rakaat kedua. Takbir intiqalat yang dimulakan ketika mengangkat kepala daripada sujud tadi berakhir apabila anda sudah berdiri. Tidak perlu mengangkat tangan dan tidak perlu berniat semula.
Khusus wanita: dalam rakaat ini dan seterusnya, kekalkan siku dan lutut dirapatkan ketika rukuk dan sujud.
Takbir intiqalat ialah takbir ketika berpindah antara pergerakan solat, seperti turun rukuk, turun sujud dan bangun ke rakaat seterusnya.
اَللَّهُ أَكْبَرُ
Allāhu akbar
Baca Surah al-Fatihah
Seperti rakaat pertama, baca ta‘awwuz secara perlahan, kemudian baca al-Fatihah.
بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ١
ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ ٢ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ٣ مَٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ ٤ إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ ٥ ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ ٦ صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ ٧
Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Ṣirāṭal-lażīna an‘amta ‘alaihim ghairil-maghḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn
Maksud bacaan ini sama seperti dalam rakaat pertama.
Kemudian sebut “Āmīn” seperti rakaat pertama.
Baca Surah Pendek yang Lain
Selepas al-Fatihah, baca surah pendek yang lain, contohnya surah al-Kāfirūn. Sunat bacaan rakaat kedua lebih pendek daripada rakaat pertama.53
Selesai Membaca Surah, Teruskan Dengan Rukuk

Angkat kedua-dua tangan dan bertakbir “Allāhu akbar” sambil tunduk untuk rukuk, seperti rakaat pertama. Ratakan belakang dan letakkan tapak tangan di atas lutut.
Seperti sebelumnya, bacaan rukuk adalah:
سُبْحَانَ رَبِّيَ الْعَظِيمِ وَبِحَمْدِهِ
Subḥāna rabbiyal-‘aẓīmi wa biḥamdih (3x)
Maksud bacaan ini sama seperti dalam rakaat pertama.
Kemudian Bangun Iktidal

Angkat kepala daripada rukuk sambil mengangkat tangan dan membaca Sami‘allāhu liman ḥamidah, seperti rakaat pertama. Kemudian berdiri tegak dengan tuma’ninah:
سَمِعَ اللّٰهُ لِمَنْ حَمِدَهُ
Sami‘allāhu liman ḥamidah
Maksud bacaan ini sama seperti dalam rakaat pertama.
Apabila sudah berdiri tegak, baca:
رَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ
Rabbanā lakal-ḥamd
“Wahai Tuhan kami, bagi-Mu segala pujian.”
Solat Subuh: pada rakaat kedua, selepas Rabbanā lakal-ḥamd, baca doa qunut sambil berdiri dan mengangkat tangan. Selepas itu, teruskan dengan sujud.54
Selepas Iktidal, Teruskan Dengan Melakukan Sujud

Turun sujud sambil bertakbir “Allāhu akbar”, seperti rakaat pertama. Pastikan tujuh anggota menyentuh tempat sujud. Semasa sujud, bacalah:
سُبْحَانَ رَبِّيَ الأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ
Subḥāna rabbiyal-a‘lā wa biḥamdih (3x)
Maksud bacaan ini sama seperti dalam rakaat pertama.
Kemudian Duduk di Antara Dua Sujud

Angkat kepala sambil bertakbir dan duduk iftirasy, seperti rakaat pertama. Kemudian baca bacaan antara dua sujud:
رَبِّ اغْفِرْ لِي وَارْحَمْنِي وَاجْبُرْنِي وَارْفَعْنِي وَارْزُقْنِي وَاهْدِنِي وَعَافِنِي وَاعْفُ عَنِّي
Rabbighfir lī warḥamnī wajburnī warfa‘nī warzuqnī wahdinī wa ‘āfinī wa‘fu ‘annī
Maksud bacaan ini sama seperti dalam rakaat pertama.
Kemudian Lakukan Sujud Kedua

Turun sujud kali kedua sambil bertakbir “Allāhu akbar”. Semasa sujud, bacalah:
سُبْحَانَ رَبِّيَ الأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ
Subḥāna rabbiyal-a‘lā wa biḥamdih (3x)
Maksud bacaan ini sama seperti dalam rakaat pertama.
Duduk Tahiyat Awal Selepas Rakaat Kedua
Solat Subuh: rakaat kedua ialah rakaat terakhir, jadi tiada tahiyat awal. Terus ke langkah 22, Duduk Tahiyat Akhir.

Selepas sujud kedua pada rakaat kedua, jangan terus bangun. Duduk di atas kaki kiri, dengan kaki kanan ditegakkan dan jari kakinya menghadap kiblat. Cara duduk ini dipanggil iftirasy. Letakkan kedua-dua tangan di atas paha. Genggam jari tangan kanan kecuali jari telunjuk, dan angkat telunjuk itu ketika menyebut illallāh.55 Kemudian baca tahiyat awal hingga selawat ringkas:56
التَّحِيَّاتُ الْمُبَارَكَاتُ الصَّلَوَاتُ الطَّيِّبَاتُ لِلّٰهِ. السَّلاَمُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ. السَّلاَمُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللّٰهِ الصَّالِحِينَ. أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللّٰهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللّٰهِ. اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ..
At-taḥiyyātul-mubārakātuṣ-ṣalawātuṭ-ṭayyibātu lillāh. As-salāmu ‘alaika ayyuhan-nabiyyu wa raḥmatullāhi wa barakātuh. As-salāmu ‘alainā wa ‘alā ‘ibādillāhiṣ-ṣāliḥīn. Asyhadu allā ilāha illallāh, wa asyhadu anna Muḥammadar-rasūlullāh. Allāhumma ṣalli ‘alā Muḥammad.
Maksud Bacaan
Segala penghormatan, keberkatan, solat dan kebaikan adalah bagi Allah. Salam sejahtera ke atasmu wahai Nabi, serta rahmat Allah dan keberkatan-Nya. Salam sejahtera ke atas kami dan ke atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah, dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad ialah pesuruh Allah. Ya Allah, limpahkanlah rahmat ke atas Nabi Muhammad.
Nota Tahiyat Awal
Tahiyat awal hukumnya sunat, tetapi sunat yang penting (dipanggil sunat ab‘ad). Bacaannya memadai hingga Allāhumma ṣalli ‘alā Muḥammad. Menambah selawat ke atas keluarga Nabi ﷺ tidak membatalkan solat, tetapi yang sunat ialah meringkaskannya.57
Jika terlupa dan anda sudah berdiri tegak, jangan kembali duduk. Teruskan solat dan lakukan sujud sahwi sebelum salam.58 Huraian lanjut ada dalam artikel tertinggal tahiyat awal.
Rakaat 3 daripada 4
Rakaat Ketiga
Bangun untuk Rakaat Ketiga
Selepas tahiyat awal, bangun berdiri. Rakaat ketiga sama seperti rakaat sebelumnya, kecuali tiada surah selepas al-Fatihah.59
- Bangun berdiri sambil bertakbir “Allāhu akbar”. Sunat mengangkat kedua-dua tangan seperti ketika takbiratul ihram.60
- Baca ta‘awwuz dan al-Fatihah sahaja secara perlahan, tanpa surah.
- Rukuk sambil bertakbir dan mengangkat tangan, kemudian baca Subḥāna rabbiyal-‘aẓīmi wa biḥamdih (3x).
- Iktidal sambil mengangkat tangan: Sami‘allāhu liman ḥamidah, kemudian Rabbanā lakal-ḥamd.
- Sujud sambil bertakbir, dengan tujuh anggota di tempat sujud, dan baca Subḥāna rabbiyal-a‘lā wa biḥamdih (3x).
- Duduk antara dua sujud: bangun sambil bertakbir, duduk iftirasy dan baca Rabbighfir lī warḥamnī…
- Sujud kedua sambil bertakbir, seperti sujud pertama.
- Bangun untuk rakaat keempat.
Solat Maghrib: rakaat ketiga ialah rakaat terakhir. Selepas sujud kedua, jangan bangun untuk rakaat keempat. Terus ke langkah 22, Duduk Tahiyat Akhir.
Rakaat 4 daripada 4
Rakaat Keempat
Rakaat Keempat: Ulang seperti Rakaat Ketiga
- Bangun berdiri daripada sujud sambil bertakbir “Allāhu akbar”.
- Baca ta‘awwuz dan al-Fatihah sahaja secara perlahan, tanpa surah.
- Rukuk sambil bertakbir dan mengangkat tangan, kemudian baca Subḥāna rabbiyal-‘aẓīmi wa biḥamdih (3x).
- Iktidal sambil mengangkat tangan: Sami‘allāhu liman ḥamidah, kemudian Rabbanā lakal-ḥamd.
- Sujud sambil bertakbir, dengan tujuh anggota di tempat sujud, dan baca Subḥāna rabbiyal-a‘lā wa biḥamdih (3x).
- Duduk antara dua sujud: bangun sambil bertakbir, duduk iftirasy dan baca Rabbighfir lī warḥamnī…
- Sujud kedua sambil bertakbir, seperti sujud pertama.
- Jangan bangun. Terus duduk untuk tahiyat akhir.
Duduk Tahiyat Akhir

Selepas sujud kedua pada rakaat keempat, duduk dengan punggung kiri di atas lantai dan kaki kiri dikeluarkan ke bawah kaki kanan yang ditegakkan. Cara duduk ini dipanggil tawarruk. Kemudian baca tahiyat akhir dan selawat ke atas Nabi ﷺ:61
Cara duduk tawarruk ini sama bagi lelaki dan wanita. Pastikan kaki kiri yang dikeluarkan ke kanan tetap tertutup oleh kain.
التَّحِيَّاتُ الْمُبَارَكَاتُ الصَّلَوَاتُ الطَّيِّبَاتُ لِلّٰهِ. السَّلاَمُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ. السَّلاَمُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللّٰهِ الصَّالِحِينَ. أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللّٰهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللّٰهِ. اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ. كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ. كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ فِي الْعَالَمِينَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ.
At-taḥiyyātul-mubārakātuṣ-ṣalawātuṭ-ṭayyibātu lillāh. As-salāmu ‘alaika ayyuhan-nabiyyu wa raḥmatullāhi wa barakātuh. As-salāmu ‘alainā wa ‘alā ‘ibādillāhiṣ-ṣāliḥīn. Asyhadu allā ilāha illallāh, wa asyhadu anna Muḥammadar-rasūlullāh. Allāhumma ṣalli ‘alā Muḥammadiw wa ‘alā āli Muḥammad, kamā ṣallaita ‘alā Ibrāhīma wa ‘alā āli Ibrāhīm, wa bārik ‘alā Muḥammadiw wa ‘alā āli Muḥammad, kamā bārakta ‘alā Ibrāhīma wa ‘alā āli Ibrāhīma fil-‘ālamīna innaka ḥamīdum majīd
Maksud Bacaan
Segala penghormatan, keberkatan, solat dan kebaikan adalah bagi Allah. Salam sejahtera ke atasmu wahai Nabi, serta rahmat Allah dan keberkatan-Nya. Salam sejahtera ke atas kami dan ke atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah, dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad ialah pesuruh Allah. Ya Allah, limpahkanlah rahmat ke atas Nabi Muhammad dan keluarga Nabi Muhammad, sebagaimana Engkau melimpahkan rahmat ke atas Nabi Ibrahim dan keluarga Nabi Ibrahim. Berkatilah Nabi Muhammad dan keluarga Nabi Muhammad, sebagaimana Engkau memberkati Nabi Ibrahim dan keluarga Nabi Ibrahim. Di seluruh alam, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia.
Bacaan tahiyat awal dan akhir beserta huraiannya ada dalam artikel tahiyat akhir dan tahiyat awal. Selawat dalam tahiyat akhir dihuraikan dalam artikel selawat Ibrahimiyah. Sebelum salam, sunat berdoa.62 Contoh doanya ada dalam artikel doa selepas tahiyat akhir.

Nota Tahiyat Akhir
Duduk tahiyat akhir, bacaan tahiyat dan selawat ke atas Nabi ﷺ selepasnya ialah rukun. Selawat Ibrahimiyyah secara lengkap pula sunat.63
Ketika tahiyat, genggam jari tangan kanan kecuali jari telunjuk. Angkat jari telunjuk ketika menyebut illallāh dan biarkan terangkat hingga salam.55
Akhiri Solat dengan Salam
Akhiri solat dengan memberi salam. Salam pertama ke kanan ialah rukun yang menamatkan solat, manakala salam kedua ke kiri hukumnya sunat.64

Pada salam pertama, palingkan muka ke sebelah kanan dan ucapkan salam seperti berikut:
السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ
As-salāmu ‘alaikum wa raḥmatullāh
Maksud Bacaan
Salam sejahtera ke atas kamu dan rahmat Allah.
… kemudian palingkan pula muka ke sebelah kiri dan ucapkan salam kedua:
السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ
As-salāmu ‘alaikum wa raḥmatullāh
Rujukan Pantas: Bacaan Setiap Pergerakan
| Pergerakan | Bacaan |
|---|---|
| Takbiratul ihram | Allāhu akbar, dengan niat dalam hati |
| Doa iftitah (sunat, rakaat 1) | Allāhu akbaru kabīrā… |
| Ta‘awwuz (sunat, setiap rakaat) | A‘ūżu billāhi minasy-syaiṭānir-rajīm |
| Berdiri | Al-Fatihah (wajib). Surah (sunat) pada rakaat 1 dan 2 sahaja |
| Rukuk | Subḥāna rabbiyal-‘aẓīmi wa biḥamdih (3x) |
| Iktidal | Sami‘allāhu liman ḥamidah. Rabbanā lakal-ḥamd |
| Qunut (Subuh, iktidal rakaat 2) | Allāhummahdinī fīman hadait… |
| Sujud | Subḥāna rabbiyal-a‘lā wa biḥamdih (3x) |
| Duduk antara dua sujud | Rabbighfir lī warḥamnī wajburnī… |
| Tahiyat awal (selepas rakaat 2) | Tahiyat hingga Allāhumma ṣalli ‘alā Muḥammad |
| Tahiyat akhir (rakaat 4) | Tahiyat lengkap dan selawat Ibrahimiyyah |
| Salam | As-salāmu ‘alaikum wa raḥmatullāh |
PakarPBN
A Private Blog Network (PBN) is a collection of websites that are controlled by a single individual or organization and used primarily to build backlinks to a “money site” in order to influence its ranking in search engines such as Google. The core idea behind a PBN is based on the importance of backlinks in Google’s ranking algorithm. Since Google views backlinks as signals of authority and trust, some website owners attempt to artificially create these signals through a controlled network of sites.
In a typical PBN setup, the owner acquires expired or aged domains that already have existing authority, backlinks, and history. These domains are rebuilt with new content and hosted separately, often using different IP addresses, hosting providers, themes, and ownership details to make them appear unrelated. Within the content published on these sites, links are strategically placed that point to the main website the owner wants to rank higher. By doing this, the owner attempts to pass link equity (also known as “link juice”) from the PBN sites to the target website.
The purpose of a PBN is to give the impression that the target website is naturally earning links from multiple independent sources. If done effectively, this can temporarily improve keyword rankings, increase organic visibility, and drive more traffic from search results.
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.